Kuat.

Betul dah kata MB Kedah ni

Kerajaan Kedah adalah kerajaan paling stabil di Malaysia kerana Umno mempunyai jumlah kerusi yang paling sedikit, kata Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, apabila kerusi Umno sangat kurang di setiap negeri baru politik di Malaysia menjadi stabil.

“Bila kerusi Umno sangat kurang sehingga kalau dia tarik diri pun kerajaan tidak tumbang, itulah formula mewujudkan kestabilan politik di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional Negeri Johor di Taman Sri Wangsa, Parit Besar.

Menurut beliau, di Kedah PAS ada 15 kerusi, Bersatu (6), PH (13) dan Umno hanya dua kerusi.

“Kami pakat buat kerajaan PAS, Bersatu, Umno dari hari pertama membentuk kerajaan pada 17 Mei 2020 sampai hari ini kerajaan Kedah adalah kerajaan paling stabil di Malaysia.

“Formulanya, kena kerusi Umno sikit. Kalau banyak kacau. Tengok di Melaka. Dia dapat banyak kerusi, tumbang Melaka. Di Johor pun Umno banyak kerusi, tumbang kerajaan. Dia sendiri yang tumbangkan, buat PRN dalam saat rakyat kesusahan,” katanya yang juga Menteri Besar Kedah.

Beliau mempersoalkan di peringkat Persekutuan, Umno memimpin boleh membuat Confidence and Supply Agreement (CSA) dengan pembangkang, kenapa di Johor tidak boleh.

Katanya, di Johor bukan hendak mewujudkan kestabilan tetapi tujuan PRN adalah untuk menambah kerusi Umno dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Design a site like this with WordPress.com
Get started